Rabu, 5 Disember 2007

ZAMAN INI


Saya sering berhujah dengan teman-teman, zaman ini dah banyak perkara terbalik dari zaman dahulu.. Zaman dulu, tuan adalah tuan dan hamba adalah hamba tetapi zaman ini hamba menjadi tuan dan tuan dah menjadi hamba. Ibu-bapa contohnya, zaman dulu merekalah tuan kepada anak-anak tetapi zaman sekarang anak pula menjadi tuan kepada mereka, zaman dahulu guru adalah tuan kepada anak murid tetapi zaman sekarang anak murid sudah menjadi tuan kepada guru, zaman dahulu penghibur cumalah hamba sahaya (dengan maaf dan izin) tetapi zaman sekarang penghibur menjadi tuan kepada masyarakat.... cuma satu yang tidak berubah, manusia tamak tetap hamba duit dan duit tetap tuan mereka dari dahulu hinggalah sekarang ..

Merenungi kehidupan kekadang kita perlu bertanya, apa dah jadi dengan falsafahnya.. yang buruk amat payah berubah menjadi baik, tapi sering kali yang baik amat mudah berubah menjadi buruk. Oleh itu hargailah setiap kebaikan dalam ruang lingkup budaya kita dan jauhilah keburukan terutama dari manusia yang ada kepentingan diri walaupun atas nama ketamadunan..cuba fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Tiada ulasan: