Khamis, 13 Disember 2007

SECEBIS CATATAN DARI PERJALANAN

9 Dis 2007.. sudah agak lewat senja aku sekeluarga memulakan perjalanan ke KL untuk menghadiri konvokesyen isteriku di IPBA. Walaupun dalam keadaan bimbang kerana berjalan malam, namun bila difikir-fikirkan betapa bertuahnya kita hari ini kerana dalam musim tengkujuh dan malam telah melabuh pula kita masih mampu memulakan perjalanan yang jauh.

Di KL kami sekeluarga menumpang di rumah adik isteriku di Cheras Jaya. Jiran-jiran mereka adalah orang India yang aku dapati kehidupan mereka cukup selesa. Aku jadi tertanya.. kenapa kita masih dikejutkan dengan tuntutan dan tuduhan HINDRAF tentang bangsa India yang katanya tertindas di bumi ini. Manusia kaya dan miskin sudah lumrah. Semua bangsa ada yang kaya dan ada yang miskin. Ada yang berpangkat dan ada yang tidak.. Lihat saja kaum bumiputra, tidak semua kaya..tidak semua berpangkat.

Daku masih ingat kata-kata ustazku dulu.. Tuhan maha adil, diciptakan manusia dengan pelbagai perwatakan kerana itulah wujudnya kehidupan. Cuba bayangkan semua kerja makan gaji .. siapa yang akan jadi nelayan, siapa yang akan jadi petani.

Cuba renung baik-baik.. wujudnya kaya kerana ada miskin, kalau semua kaya maka tiada makna lagi gelaran kaya itu. Ada orang miskin, orang kaya juga menumpang.. menumpang hasil peluh orang miskin walaupun ia bayar mereka dengan wang. Barang-barang boleh dijual murah kerana adanya orang miskin.. cuba bandingkan negara kita dengan negara maju.. dengan RM 2 kita boleh rasa burger, tapi di UK harganya 3 pound atau RM 20.. Cuba pula bandingkan negara kita dengan Indonesia. Baru-baru ini, ayahku ke Bangladash katanya harga daging lembu sekilo di sana cuma RM 3.. tetapi negara mereka miskin kenapa ???

Miskin tidak hina.. tetapi hinanya miskin kerana manusia. Manusia yang melabelkan dan mendarjatkannya. Cuba ambil pengajaran dari perlaksanaan rukun Islam ke 5 iaitu menunaikan fardu Haji. Ada tak perbezaannya ? tiada.. tetapi manusia yang mencipta perbezaan itu. Yang kaya dengan egonya sanggup bayar apa saja asalkan dia dapat semua kesenangan dalam ibadat.. Masyaallah hatta di dalam ibadat manusia masih cuba memisahkan garis itu..

Masalah kemiskinan ini tiada bersempadan selagi manusia tidak memahami maksud kejadian Tuhan. Siapa yang nak jadi miskin.. dan kalau miskin itu satu kehinaan alangkah zalimnya Tuhan. Ambil saja tubuh kita sebagai contoh.. renungkan dari hujung rambut ke hujung kaki. Bahagian manakah yang paling dijaga manusia.. tentu sekali wajah kerana itulah penampilan utama. Namun adakah manusia itu lengkap dengan ada wajah sahaja.. tangan, kaki, perut hatta bahagian yang paling sulit semuanya berperanan.. wajah kita akan ceria jika semua bahagian tubuh badan kita sihat, jika tidak tiada guna berwajah cantik...

Begitulah perumpamaan... manusia dan kehidupan adalah sama. Kehidupan akan jadi lebih baik dan amat baik jika manusia faham peranan masing-masing dan kepentingan individu lain tanpa memperlekeh apa yang telah dianugerahkan kepada kita. Di samping berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan seluruh masyarakat.. bukan nafsi-nafsi semata-mata...

Hanya sekadar renungan dari satu catatan perjalanan... 9 - 11 Dis 2007