Jumaat, 7 Disember 2007

Kedamaian itu ANUGERAH


Sukar untuk digambarkan betapa bertuahnya menikmati kedamaian dan keamanan. Kedamaian adalah anugerah, tidak semua manusia dapat menikmatinya.. sayang sekali dalam kedamaian itu kita sering alpa dan tetap resah lalu lupa pada nikmatNya ini.

Kedamaian sesekali digugat dengan kekacauan pasti sukar untuk dipulihkan.. Lihat saja Iraq dan Afghanistan sekarang, dan sebelumnya Kemboja dan Bosnia sebagai contoh. Bila darah sudah dialirkan tidak mudah menghentikannya. Bak kata orang tua-tua sudah 'mabuk darah'.

Namun itulah juga kelemahan manusia.. mudah membiarkan kepentingan diri menguasai fikiran. Kehendak diri perlu dipenuhi walaupun negara, bangsa dan orang lain jadi taruhan.

Ingat-ingatkan balik kejatuhan Melaka.. kalau tidak kerana penderhaka tak semudah bangsa asing nak beraja.. Kaji juga di depan mata siapa dalang sebenar di Afghanistan atau di Iraq.. Harapnya rakyat di Malaysia lebih sayangkan keamanan, kedamaian dari kepentingan diri.

Tiada ulasan: